Saturday, August 9, 2008

ACS History



Pada pagi hening 5hb Ogos 1985, bersamaan hari Isnin, Anglo Chinese School atau (ACS) telah ditubuhkan hasil daya ilham Rev William Edward Horley, atau lebih dikenali sebagai Rev. W.E. Horley. Pada masa itu, ACS serba baru ini hanya berupa sebuah rumah atap kerdil yang diduduki oleh 4 orang pelajar.
Sebagai seorang mubaligh Kristian, beliau telah mendukung tanggungjawab dalam membina Gereja Methodist Wesley.Bangunan utama sekolah adalah hasil rekaan En C.H. Labrooy. Batu asas telah diletakkan pada 1hb Ogos 1912 oleh Oliver Marks, Esq, Pemangku Residen British Perak, dan pembukaan rasmi sekolah oleh His Excellency Sir Arthur Young telah dijalankan pada 30 hb Mac 1914. Menjelang tahun 1925, Rev. W.E. Horley mengundurkan diri sebagai Pengetua buat sementara waktu. Antara tahun 1915 hingga 1960, kejayaan dikecapi oleh ACS dan anugerah demi anugerah telah dirangkul. Antaranya termasuk Piala Sultan (1926, dan 1929), Piala Sukan Lam Looking (1930 – 1932), Bendera Rotary (1933 – 1935) dan Bendera Wheeler (1928). Disamping itu, sidang ridaksi sekolah pertama telah ditubuhkan pada tahun 1926 dan ia diberi nama khas, ‘The Voyager’. Tidak dilupakan pasukan Pengakap yang pertama di negeri Perak telah dimulakan di sekolah kami pada tahun 1921.


Pada tahun yang sama Rev L. Proebstel telah mengasaskan Anglo Chinese Continuation School (sekarang dikenali sebagai Methodist High School) untuk pelajar-pelajar lelaki yang berlebihan umur. Kantin pertama dibina dalam tahun 1930.
En Percy B. Bell memberi nafas baru dengan initiatifnya untuk membina dan menubuhkan blok Makmal Sains pertama. Blok ini telah dirasmikan pada 30 hb Jun 1938 oleh DYMM Sultan Iskandar Shah.
Peperangan di benua Eropah, Afrika dan negara China telah menyebabkan Angkatan Tentera British mengambil alih bahagian hadapan sekolah sebagai bes mereka. Pada tahun 1941, Angkatan Tentera British telah mengundur dan sekolah telah diambil alih oleh Tentera Jepun sehingga negara Jepun ditewaskan pada 1945. Angkatan Tentera British mengambil alih sekolah sehingga akhir tahun 1945. ACS mula berfungsi sebagai sekolah semula pada 26 hb September 1945 dibawah Pengetua Malaya yang pertama iaitu En Aw Boon Jin.
Rev Ho Seng Ong (1946 – 1948) telah berusaha membaik pulih bangunan sekolah, meluaskan padang sekolah dan membina bangunan kantin yang baru. Di bawah pimpinan En R. Kesselring sebagai pengetua, sebuah blok bilik darjah baru dibina dan juga blok bilik darjah dan Makmal Sains yang baru. Beliau juga telah meluaskan kantin sekolah.
En Teerath Ram telah mengambil alih pentadbiran sekolah pada tahun 1956. Projek pertama beliau adalah membaik pulih bangunan sekolah utama yang dibina oleh Rev W.E. Horley. Pada tahun 1958, ACS telah dipecahkan kepada sekolah rendah, di bawah pimpinan En Low Chooi Beng sebagai pengetua dan sekolah menengah di bawah pimpinan En Teerath Ram. En Teerath Ram merupakan seorang yang bervisi. Di bawah pimpinannya, bangunan Perpustakaan berhawa dingin baru telah dibina (1959), bangunan blok bilik darjah baru dan Kantin baru. Kolam renang dan Pusat Rekreasi yang merupakan kebanggaan ACS telah dibina oleh beliau pada 1962 dengan kos $140,000! Guru-guru ACS pada ketika itu telah menyumbangkan $32,000 untuk menjayakan projek tersebut. Beliau telah membesarkan asrama Horley Hall (1963), membina cawangan sekolah di Taman Canning yang sekarang dikenali sebagai SK Ho Seng Ong, dan membina blok tiga tingkat yang pertama yang mengandungi Bilik Guru, Dewan Syarahan dan Perpustakaan yang telah diperluaskan. Blok ini telah dibuka dengan rasminya pada 1964 oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu, Dr Abdul Rahman b Haji Talib. Beliau juga telah mengubahsuaikan Dewan Sekolah dan memasangkannya dengan sistem hawa dingin. Dewan Sekolah sekarang dikenali sebagai Auditorium Sekolah. Pada 1971, beliau telah memulakan projek membina Stadium Tertutup (Indoor Stadium). Stadium yang siap dibina pada tahun1974 telah memakan kos $250,000 dan telah dinamakan Dewan Teerath Ram sempena pengetua yang paling dinamik dari segi pembangunan sekolah.
Kecanggihan kemudahan-kemudahan di sekolah ACS telah menjadi inspirasi dalam melahirkan bakat-bakat baru sukan yang telah mengharumkan nama sekolah dan nama negara Malaysia di seluruh dunia. Di antara mereka adalah pemain-pemain badminton En Teoh Seng Khoon (Piala Thomas 1949 dan All England 1949) dalam acara bergu bersama-sama dengan En Ooi Teik Hock, En Tan Jin Eong juga seorang pemain badminton yang telah memenangi 17 pingat pada peringkat negeri dari 1949 hingga 1955; En Cheah Soon Kit (Piala Thomas 1992). Wakil-wakil ke Sukan Olimpik termasuklah Professor Thong Saw Pak untuk angkat berat (Helsinki, 1952); En Philip Sankey untuk hoki (Melbourne 1956 dan Tokyo 1964). Tidak dilupakan pemain hoki terkemuka seperti En Chet Singh a/l Sarmukh Singh (Sukan Olimpik Tokyo 1964) dan Dato Poon Fook Loke ( Piala Dunia Kuala Lumpur, 1975; Argentina, 1978; Bombay, 1981; Sukan Olimpik di Montreal, 1976 dan Los Angeles, 1984). Beliau merupakan Kapten pasukan. Perenang-perenang terkemuka dari sekolah kami seperti Allan Ong dan Anthony Ang yang telah mengharumkan negara kita di peringkat dunia.
Pada tahun 1981, bangunan dua tingkat untuk Seni Perusahaan telah ditubuhkan hasil iltizam En P. Subramaniam dan jurusan teknikal diperkenalkan oleh En Chan Tuck Wah serta En Wong Yew Kee.
Di bawah pentadbiran En Daniel Chan Weng Khuen, Pengetua dari 1986 – 1991, Bilik Alat Pandang Dengar (Audio Visual Aids Room) telah ditubuhkan. Beliau juga telah menubuhkan dua bilik Agama dan telah membina benteng konkrit yang memisahkan bangunan seni perusahaan dan seluruh kawasan ACS dengan jalan raya. Beliau juga telah menubuhkan Kadet Pancaragam Sekolah yang merupakan pancaragam bag-pipe pertama di Perak!
Pentadbiran sekolah telah bertukar tangan ke En Thomas Kok Hee Fatt pada 1992 yang menjadi Pengetua sekolah kami sehingga persaraan beliau pada tahun 2000. Seorang Pengetua yang kreatif dan inovatif dan bervisi, beliau telah memodenkan pejabat sekolah dan memajukan bilik komputer selaras dengan konsep teknologi maklumat. Beliau juga telah menubuhkan 4 lagi Bilik Alat Pandang Dengan untuk melicinkan pembelajaran audio visual serta menjamin keselesaan pelajar. Kantin sekolah telah diubahsuaikan mengikut konsep ‘food-court’ dan pondok keselamatan dibina untuk mengukuhkan sistem sekuriti sekolah. Keceriaan dan pemandangan sekolah juga tidak diabaikan dan beliau telah berusaha untuk menghijaukan kawasan sekolah. Sebagai seorang ahli sukan, beliau telah meningkatkan taraf sukan di sekolah ACS, berdasarkan kepimpinan melalui teladan. Sempena perayaan 100 Tahun ACS, Muzium ACS telah ditubuhkan pada tahun 1995. Muzium ACS telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada ketika itu. Muzium ACS pada asalnya telah ditempatkan di salah satu bangunan asal ACS yang masih wujud sehingga hari ini. Kini Muzium ACS ditempatkan di Blok Dewan Syarahan. En Thomas Kok juga telah memperkenalkan burung helang sebagai maskot sekolah yang telah dirasmikan oleh Dato' Ir Chew Choong Seong pada 12 Mac 1999. Burung helang, hasil ciptaan beberapa pelajar, diantaranya Kenneth Khong Kok Wai, dan Anthony Tan, ini mencerminkan keberanian serta keinginan pelajar-pelajar ACS untuk mencapai prestasi yang cemerlang.
Pada tahun 2000, seorang Pengetua baru telah dilantik iaitu En Victor Chew, yang juga merupakan seorang bekas pelajar. Semasa perkhidmatannya, walaupun singkat, beliau telah menjalankan projek Karnival ACS. Melalui projek tersebut, beliau berjaya mengutip RM121,000 untuk membaik pulih bangunan utama sekolah. Beliau telah menegaskan kepentingan Bahasa Inggeris dengan mengadakan Perhimpunan Rasmi dalam Bahasa Inggeris pada minggu berselang. Selain daripada itu sebuah bilik kaunseling disediakan dan tandas murid perempuan telah diperbesarkan.

En Tan Teik Lee mengambil alih pengurusan sekolah pada tahun 2001. Beliau telah membina sebuah tempat letak kereta yang baru untuk guru-guru ACS, di tepi Perpustakaan. Beliau juga telah menggantikan sistem hawa dingin yang lama di Auditorium Sekolah dan telah membina sebuah laluan berbumbung dari sekolah ke pintu masuk sekolah supaya pelajar-pelajar diteduh dari bahang matahari dan hujan.
En Cheng Sai Lak, seorang bekas guru ACS, telah mula bertugas sebagai Pengetua di ACS pada tahun 2005. Beliau juga sedang giat mengikut tradisi bekas pengetua-pengetua ACS iaitu memperbaiki fasiliti dan infrastruktur sekolah dengan kerjasama warga sekolah. Di bawah pimpinan beliau, ACS telah dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records pada 16 hb Ogos 2007 kerana berjaya mencipta 'Kolam' terbesar di Malaysia. Projek ini, yang diilhamkan oleh seorang guru, Dr Kathiresan a/l Doraisamy, telah dijayakan dengan kerjasama semua warga sekolah. Ianya merupakan cara ACS menunjukkan semangat cintakan negara sempena negara Malaysia menyambut Kemerdekaan ke 50. Pada awal tahun 2008, projek naik taraf Auditorium Sekolah telah disiapkan dimana semua kerusi yang lama telah digantikan dengan kerusi yang baru.

“From small beginnings, the School has grown – a testimony to Rev W.E. Horley’s belief in God and the vision that one must leave behind his ‘footprints in the sand of time’ ”.
Falsafah ini juga telah diikuti oleh setiap Pengetua sekolah ACS sehingga kini.
Here is a list of the Principals who have served at SMK Methodist ACS Ipoh
Principals of ACS Ipoh
Rev W.E. Horley
1885-1886
Rev. A.J. Amery
1886
Dr Eglund
1887
Mr S.H.Wood
1898-1899
Dr H.L.Luering
1900
Mr S.H.Wood
1901-1905
Rev.W.E. Lowther
1905
Rev W.P.Rutledge
1905
Mr A.G. Beaumont
1906-1908
Rev A.J. Amery
1908-1910
Rev W.E. Horley
1910-1915
Mr T.W. Hinch
1915-1918
Rev W.L. Matson
1920 (January – June)
Rev P.L. Peach
1920-1921
Rev R.A. Blasdell
1921-1922
Rev P.L. Peach
1922
Rev R.A. Blasdell
1922-1923
Rev A. McNab
1923-1924
Rev R.A. Blasdell
1924-1926
Rev L. Proebstel
1926-1931
Rev F.H.Sullivan
1931-1932
Rev L. Proebstel
1932-1934
Mr R. Kesselring
1934 (Acting April – August)
Mr P.B. Bell
1934-1939
Mr R. Kesselring
1939-1940
Rev T.Runyan
1940-1941
Mr J.L. Taylor
1941 (Acting)
Mr Aw Boon Jin
1945-1946
Dr Ho Seng Ong
1946-1948
Rev R. Kesselring
1948-1952
Rev Paul Snead
1952-1953 (Acting)
Mr S. na Nagara
1953 (Acting)
Rev R Kesselring
1953-1957
Mr Teerath Ram
1957-1974
Mrs Wong Chong Yim
1974-1975 (Acting)
Mr P. Subramaniam
1975-1984
Mr Ling Ong Seng
1984-1985
Mr Daniel Chan
1986-1991
Mr Paul Devadason
1992 (July – November)
Mr Thomas Kok
1992-2000
Mr Victor Chew
2000-2001
Mr Tan Teik Lee
2001-2005
Mr Cheng Sai Lak
2005-

No comments: